Saya dibesarkan di dalam keluarga yang menitikberatkan penguasaan bahasa Melayu/Malaysia yang betul. Ini tidak hairanlah kerana ayah saya dulunya seorang guru bahasa Melayu/Malaysia.
Ayah saya pula, sebagai seorang pendidik, mahukan anak-anaknya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang beliau anggap penting dalam pembelajaran di Singapura. Jadi bila tiba masanya untuk ke sekolah, saya tidak tahu sepatah bahasa Inggeris langsung.
Semua kawan-kawan saya datang dari keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Terasa diri ini kecil kerana kurang yakin untuk bergaul dengan mereka. Tetapi, kerana saya masih kecil, rasa ingin mempunyai teman membuat saya langsung lupa akan rasa rendah diri. Lama-kelamaan, tiba rasa yakin dan seterusnya, alhamdulilah, saya dapat menguasai dua bahasa dengan baik.
Menguasai bahasa kedua, apatah lagi bila kita telah dewasa, memang sukar tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini jika kita belajar dari pengalaman-pengalaman mereka yang telah berjaya melaluinya. Di sini saya senaraikan langkah-langkah yang saya rasa berkesan untuk mempercepatkan proses pembelajaran:
1)Jangan malu. Kita sudah semestinya membuat kesilapan jika baru belajar sesuatu. Tetapi jika kita biarkan perasaan malu ini melemahkan diri kita untuk terus maju, proses pembelajaran akan menjadi lambat. Jadi tukarlah cara pemikiran kita.
2)Kelilingkan diri dengan bahasa Inggeris. Ini boleh dilakukan melalui pergaulan, media, hiburan, pembacaan dan lain-lain. Tontonlah rancangan tv dalam bahasa Inggeris tanpa membaca sarikata bahasa Malaysia. Cuba dengar bagaimana sesuatu perkataan digunakan dan bagaimana ianya disebut. Baca akhbar Inggeris atau majalah untuk mengenali ayat-ayat yang baik. Muzik juga boleh membantu kita mendalami bahasa ini. Seterusnya berbuallah dengan teman dengan menggunakan bahasa Inggeris. Lebih baik lagi jika teman anda dapat memperbaiki nahu anda. Langkah-langkah ini membuatkan pembelajaran anda lebih menyeronokkan.
3)Jika ada wang yang lebih, beli lah bahan-bahan pembelajaran seperti audio CD, VCD, atau buku yang khas di buat untuk mereka yang sedang belajar bahasa Inggeris. Dengan cara ini, anda boleh belajar di rumah secara sendirian.
4)Carilah mentor atau guru yang berpengalaman atau bertauliah untuk mendidik anda. Jika segan, kurang mampu atau terlalu sibuk, belajarlah secara online. Belajaringgeris.com dapat membantu anda. Segala pertanyaan tentang bahasa Inggeris boleh ditujukan kepada ahli-ahli bahasa kami.
Penulis: Siswati Samad Curley BelajarInggeris.com
8 January 2008: Audio CD Now Available
We're excited to offer a new Audio CD called "Everyday Conversations" to our subscribers. For more info, visit http://www.belajaringgeris.com/subscriber/audio_CD.htm