|
|
|
Cara Betul Menggunakan 'The':
‘The’ sebagai yang kita telah belajar, menunjukkan sesuatu Kata Nama atau Noun
yang tertentu. Sebagai contoh:
1. Siti is looking for the missing cat.
Iaitu bukan sebarang kucing, tetapi kucing yang hilang.
2. I will wear the red dress.
Iaitu bukan baju berwarna hijau atau biru, tetapi yang merah.
‘The’ tidak boleh digunakan bersama Kata Nama yang tidak boleh dikira atau Uncountable Noun.
Contohnya:
1. I like listening to the music. X
Sepatutnya: I like listening to music.
2. He likes the nature. X
Sepatutnya: He likes nature.
'The’ juga tidak boleh digunakan bersama Kata Nama yang menandakan
banyak atau Plural Noun yang mempunyai maksud secara am.
Contohnya:
1. I like the apples more than the oranges. X
Sepatutnya: I like apples more than oranges.