Lesson 9:  Valentine's Day

Mary and Julia see each other at the store.

 

Mary:    Hi Julia!

Julia:    Hi Mary!  I haven't seen you in so long!

Mary:    I know! I’ve really missed you.  How is everything going?

Julia:    I'm doing great.  How about you?

Mary:    I'm great! Guess what!  I am going on a short trip next week.

Julia:    Oh, really?  Where are you heading to?

Mary:    My husband and I are going to spend Valentines Day in San Francisco, California!

Julia:    How wonderful!!

Mary:    Yes, I know.  The trip is Tom's gift to me for Valentine's Day.  It will be my first time in the city.

Julia:    I have always loved San Francisco!

Mary:    Since you've been there before, would you tell me what I should go see?

Julia:    Well, there is the Museum of Modern Art.  You should check the Internet to see what exhibits they have right now.

Mary:    Okay, I'll do that. What else?

Julia:    You have to have lunch in Chinatown at least once. Just about any restaurant there is good.  Oh, and there's Fisherman's Wharf for fish & chips!

Mary:    I'm so excited!  Can you recommend any places to shop?

Julia:    Union Square is famous for shopping.  All the big stores are there.  If you want something a little less ordinary, you can also visit Haight Street which has the most wonderful urban boutiques.

Mary:    Tom has really gone out of his way to surprise me with this trip.  We're leaving on Thursday and coming home Sunday night.

Julia:    I think that's wonderful!  You are very lucky to have such a thoughtful husband.  I love how Valentine's Day is that one day in a year that our husbands treat us like queens.

Mary:    It's unfortunate that it's not a month-long holiday!

Julia:    I know what you mean. 

Mary:    Anyway, it was great running into you here but I have to get home and cook dinner.

Julia:    Call me when you get back from San Francisco.  You have to tell me all about your trip!

Mary:    I will!

Julia:    See you later then!

Mary:    Bye!

 

 ---------------------Translated Version ----------------------------------------------

 

Perbualan 1: Hari Valentine

Mary dan Julia bertembung dengan satu sama lain di kedai.

Mary:    Hi Julia!

Julia:    Hi Mary!  Sudah lama tidak jumpa!

Mary:    Saya tahu! Saya betul-betul merindui awak. Apa khabar?

Julia:    Saya sangat baik. Bagaimana dengan awak?

Mary:    Saya pun baik! Maklumlah minggu depan saya akan pergi melancong.

Julia:    Oh, betulkah? Di mana awak pergi?

Mary:    Saya dan suami saya akan menghabiskan Hari Valentine di San Francisco, California!

Julia:    Alangkah bagusnya!!

Mary:    Ya, saya tahu. Lawatan ini merupakan hadiah Tom kepada saya sempena Hari Valentine. Ini merupakan kali pertama saya melawat bandar tersebut.

Julia:    Saya memang suka San Francisco!

Mary:    Memandangkan awak pernah ke sana, bolehkah awak memberitahu saya apakah yang harus saya tengok?

Julia:    Tentu sekali, di sana mempunyai Muzium Seni Moden. Awak harus melayari Internet untuk mengetahui apakah yang mereka pamerkan sekarang.

Mary:    Baiklah, saya akan buat itu. Apa lagi?

Julia:    Awak harus makan tengahari di Chinatown sekurang-kurangnya sekali. Mana-mana restoran di sama pun bagus. Oh, dan jangan lupa Fisherman's Wharf untuk ‘fish & chips’nya!

Mary:    Saya tak sabar-sabar lagi ke sana! Bolehkah awak mencadangkan tempat untuk membeli-belah?

Julia:    Union Square terkenal sebagai tempat membeli-belah. Semua kedai-kedai besar di sana. Jikalau awak ingin mendapatkan sesuatu yang sedikit kurang biasa, awak boleh ke Haight Street, di mana terdapat butik-butik kota yang paling mengagumkan.

Mary:    Tom benar-benar telah membuat sesuatu yang diluar kebiasaannya untuk memberi kejutan kepada saya berkenaan dengan lawatan ini.  Kami akan bertolak pada hari Khamis dan balik pada Ahad malam.

Julia:    Alangkah bagusnya! Awak memang bernasib baik mempunyai suami yang begitu bertimbang rasa. Saya suka Hari Valentine disebabkan ia satu hari di mana suami kita melayani kita bagaikan ratu permaisuri.

Mary:    Malangnya, ia bukan cuti satu bulan!

Julia:    Saya tahu apa ynag awak maksudkan itu.

Mary:    Biar apapun, saya amat gembira bertembung dengan awak di sini tetapi saya perlu balik ke rumah dan memasak untuk makan malam.

Julia:    Telefon saya apabila awak pulang dari San Francisco. Awak mesti menceritakan lawatan awak kepada saya nanti!

Mary:  Tentu sekali.

Julia:   Jumpa awak nanti!

Mary:  Jumpa lagi!


 

Return to Belajar Inggeris site.